HijriDate

Jika berminat untuk bertanya soalan, Sila lengkapkan ruangan di bawah dan kilk 'Hantar'. Insyaallah, pihak pengendali web akan sedaya upaya menemukan jawapannya.

Name
Email Address
Subject
Question
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Wednesday 5 August 2009

Upah Haji & Nazar

Assalamualakum

Soalan pertama :

1. ibu kepada seorang rakan saya telah mewasiatkan barang2 kemasnya kepada anak2 yang menjaganya, dan apabila telah meninggal ibu kepada rakan tersebut, maka tiada lah masalah di kalangan adik beradiknya untuk membahagikan peninggalan ibu mereka. Bg mereka yang jarang menjaga, secara sukarela meemberikan pusaka kepada adik beradik yg lain.

Dijadikan cerita, adik beradik berbincang untuk membuat upah haji untuk arwah ibu mereka. timbul pulak seorang drpd anak saudaranya (cucu kpd si mati) yg mengatakan upah haji kene guna barang kemas pusaka tersebut, tak cukup baru top up dgn duit adik beradik yg lain. jadi, mcm mana cerita tu?

Jawapan :

Tidak boleh memaksa pemilik baru barang kemas tersebut (anak si mati yang menerima wasiat) untuk mengeluarkan wangnya untuk menunaikan haji bagi arwah si ibu. Ini kerana harta itu telah berpindah tangan menjadi miliknya yang sempurna usai kematian si pewasiat (ibu).

Tidak wajib juga bagi si anak untuk menunaikan haji si ibu setelah kematiannya kerana kewajipan itu tertakluk bagi mukallaf yang masih hidup. Akan tetapi si anak digalakkan (sunat) menunaikan haji bagi pihak ibunya yang telah meninggal dunia tanpa memaksa waris-waris yang masih hidup untuk menanggung sama perbelanjaan yang diperlukan. Ia boleh dibuat secara sukarela tanpa memberatkan mana-mana pihak yang masih hidup.

Wallahuaalam.


Soalan kedua:

2. seorang drpd abg kpd rakan saya ni tadi, pernah bernazar, .. lepas pencen, dia nak bawak maknya tunaikan haji.. tetapi apabila dia pencen, tak pulak di buat walaupun telah diperingatkan oleh adik beradik yg lain. sehinggalah lebih kurang 3 tahun kemudian ibunya meninggal dunia.

Persoalannya...

Macammana dgn nazar yg telah dibuatnya?
Dalam situasi sekarang ni, ibunya telah tiada.. bagaimanakah caranya untuk membayar nazar?

Jawapan:

Nazar yang cukup syarat wajib ditunaikan. Bagi mereka yang tidak mampu atau ada halangan yang menyebabkan dia gagal untuk menunaikan nazarnya, maka hendaklah dia menunaikan kifarah yamin (kifarah sumpah). Berikut adalah kaedah untuk melaksanakan kifarah yamin :

Membebaskan hamba atau
Memberi makan sepuluh orang warga miskin atau
Memberi pakaian kepada sepuluh orang warga miskin.

Jika perkara-perkara di atas tidak dapat dilaksanakan juga maka henaklah dia berpuasa 3 hari berturut-turut.

Wallahuaalam

Type your summary here

Type rest of the post here

0 comments:

Post a Comment